Nampaknya teruk Ridhuan Tee kena belasah. Saya tidak bersimpati dengan beliau kerana saya tahu Ridhuan Tee Abdullah adalah seorang yang tabah, bersemangat kental seperti bangsanya dan boleh mengatasi semua tuduhan yang dilontarkan oleh pihak tertentu.
Namun saya bersimpati terhadap pihak yang sakit hati kepadanya terutama media aliran Cina, parti pembangkang dan individu-individu yang semakin sakit hati dan mengejarnya. Simpati kerana perkara-perkara yang mereka tulis, tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan terhadap Ridhuan Tee akan membuatkan beliau semakin disayangi oleh orang Melayu dan yang sealiran dengannya. Ini akan menjadikan Ridhuan Tee hero orang Islam dan Melayu amnya.
Benar kata beliau, di Malaysia ika sesuatu perkara, sesuatu tindakan, sesuatu keputusan tidak memihak kepada parti tertentu, individu tertentu, bangsa tertentu maka ia dilabel sebagai tidak mengikut undang-undang, tidak demokrasi, tidak mengikut kehendak rakyat, tidak adil, rasis dan pelbagai tuduhan lagi. Tetapi jika mengikut kehendak mereka maka kerajaan adalah adil, mahkamah adil, suara rakyat dipenuhi, kerajaan takut kepada pembangkang dll lagi.
Sebenarnya apa hal ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan